Ulasan Buku: Apa Ertinya Saya Menganut Islam (1)

Alhamdulillah selesai sudah pembacaan bahagian pertama bab yang pertama dalam buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'. Harapnya semua dapat memahami apa yang terkandung dalam bab 1.2 ini (Saya mestilah muslim dari sudut Akidah).

Harapan yang utama, moga mereka bukan sahaja dapat memahami segala yang terkandung ini, tapi mereka berjaya mempraktikkan apa yang mereka baca. Sebagai assignmentnya saya telah menyuruh mereka membuat peta minda apa yang mereka paham dan semoga dengan melakukan ini, mereka dapat ingat dan menyampaikan pada yang lain. Jom kita lihat kesimpulan daripada bab ini:

Untuk menjadikan akidah kita benar-benar diiktiraf seorang muslim, kita mestilah:
  1. Meyakini bahawa pencipta alam ini adalah Allah.
  2. Meyakini bahawa Allah mencipta sesuatu itu dengan tujuan
  3. Meyakini bahawa Allah mengutuskan Rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia
  4. Meyakini bahawa matlamat hidup manusia ialah untuk mengenal ALLAH
  5. Meyakini syurga sebagai ganjaran dan neraka adalah balasan
  6. Meyakini bahawa setiap manusia mencapai kebaikan dan kejahatan adalah hasil daya usahanya sendiri
  7. Meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak milik ALLAH...
Erm.. dan banyak lagila.. kesemuanya ada 19 point rasanya.

Perbincangan akan menyebabkan kita lebih memahami dengan lebih mendalam sesuatu kan. Buku ni sangat bagusla (promote pulak). Tak sabar rasanya nak upload hasil kerja mereka..hihihih.. Saper yang akan jadi pemenang.. Mereka tidak tahu yang kita sedang melakukan pertandingan.

Comments

Popular Posts