Ujian Saringan HIV- Bagi bakal pengantin
Bakal pengantin pasti tertanya-tanya apa yang perlu di bawa semasa nak jalani ujian saringan HIV kan?
Senang saja apa yang perlu ada hanyalah:
-Bawa diri anda sendiri
-Kad pengenalan (Prosedur biasa semasa ke klinik mesti bawa k/p)
-Duit RM1 (bayaran untuk klinik kerajaan)
Tak perlu untuk bawa borang atau apa-apa lagi. Harini saya baru habis ujian. Alhamdulillah bebas HIV. Tetapi untuk pengetahuan anda, ujian HIV ini tidak perlu ambil terlalu awal kerana ujian ini hanya sah selama 6 bulan sahaja. So, kena tetap tarikh betul2 baru buat ujian ni.
Ambik darah kat hujung jari jer.. Macam kena gigit semut jer..Hihihihi..
Mode: Teruja
Comments
Post a Comment