Tertekan
Harini saya rasa amat tertekan dan kecewa. Yerla seperti yang saya maklumkan sebelum ni, abstrak saya sudah di terima untuk ke Korea. Tapi saya telah mensia-siakan peluang yang terhidang itu. Saya telah lupa untuk menghantar Full Paper pada tarikh yang ditetapkan iaitu 30 June. Pada hari tersebut saya telah menyibukkan diri dengan program yang telah dianjurkan di sini. Tertekan dan sedih bukanlah jalan penyelesaiannya. Teringat dengan kata-kata Ustaz Hazrul, bahawa kita bukan boleh ambil semua peluang yang ada di depan kita. Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk melepaskan peluang tersebut. Akhirnya saya redha dengan ketentuanNya. Pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Setelah hati ini lapang, barulah fikiran dapat berfikir dengan bernasnya. Setelah sang minda merangka tindakan-tindakan yang wajar diambil, saya pun menghantar email pada pihak penganjur. Moga-moga pihak penganjur dapat mempertimbangkan email tersebut. Ok, usaha sudah dilakukan, sekarang tinggal doa dan tawakal sahaja. Kalo tak boleh pun kena anggaplah bukan rezeki lagi. Erm... mungkin Allah sedang merencanakan yang lagi baik kan. Harap-harap.
Mode: BerHARAP
Comments
Post a Comment