MALAYSIAN NATURE SOCIETY (MNS) (Persatuan Pencinta Alam Malaysia)


Harini nak berkongsi dengan anda tentang Malaysian Nature Society ataupun dalam Bahasa Melayunya Persatuan Pencinta Alam Malaysia

MNS adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terbesar dan tertua di Malaysia. Tercetusnya penubuhan persatuan ini adalah disebabkan oleh minat mendalam orang British (sebelum kemerdekaan) terhadap alam warisan semulajadi di Malaysia. Mereka mengumpulkan bahan-bahan tentang warisan di Malaysia ini dan menerbitkan Jurnal pertama tentang Alam Melayu pada tahun 1940. Dengan penerbitan ini juga tertubuhla persatuan MNS.

Di Malaysia terdapat seramai 4000 ahli dan 13 cawangan MNS. Manakala staffnya adalah lebih kurang 30 orang. Mereka bertindak sebagai agensi yang memelihara alam sekitar dan memberi pendidikan tentang alam sekitar di Malaysia. Mereka juga mempunyai hak dalam menyuarakan
tentang perlindunagan warisan alam sekitar.

Fauna

Flora

Pendidikan buat generasi kini

Moga alam ini masih terpelihara untuk generasi kan datang..

Towards Green Environment


Visi MNS adalah
Untuk melindungi, memelihara dan menguruskan warisan alam Malaysia yang kaya dengan diversiti bagi kepentingan rakyatnya.

Misi MNS adalah
Untuk mempromosikan kajian, apresiasi, pemuliharaan dan perlindungan warisan alam Malaysia.

Motto MNS adalah
"Tahu alam, alam nilai dan bertindak untuk alam"

Motip aku menulis ini adalah kerana besok ada interview ngan MNS. So share-share la.. ~SHARING IS CARING~


Sumber adalah daripada website MNS sendiri, untuk maklumat lanjut anda boleh layari:
http://www.mns.my/

Comments

  1. thnx for sharing..sy di antra yg bminat dgn warisan alam semula jd esp.. n bru tgh nk start built up kumpul info bkaitan warisan alam dlm blog sy..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts