Mesut Ozil

Harini nak berkongsi dengan korang semua tentang Mesut Ozil.. motip menulis tentangnya dalah dsebabkan minat terhadap pemain bola sepak ni.. Erm, mengenalinya adalah sejak Piala Dunia 2010 itu harila.. Ok, kita sajikan dengan gambar2nya terlebih dahulu..hihihi



Ozil bersyukur..

Upload sikit-sikit udah, y lain simpan untuk entri akan datang..hihiii.. Ok, di bawah ini adalah tentang Mesut Ozil. Layannn...

Nama: Mesut Ozil

Agama: Islam

Tarikh lahir: 15 Oktober 1988 (sama bulan ngan aku n tua setahun dari KFCM, beberapa bulan jugakla sebenarnya)

Tempat Lahir: Gelsenkirchen, Jerman Barat

Pekerjaan : Pemain bola sepak (posisi penyerang) negara Jerman dan Kelab Real Madrid

Keturunan: Kurdi berdarah Turki.

Ozil dipilih dalam skuad untuk Jerman sejak tahun 2006 dan ia mendapat banyak perhatian selama pertandingan Piala Dunia 2010.

Ozil tersenarai dalam pencalonan untuk anugerah Golden Ball oleh FIFA semasa Piala Dunia 2010.

Ozil memulakan kerjayanya di bola sepak di Gelsenkirchen selama lima tahun.

Pada tarikh 31 Januari 2008, Ozil berpindah ke Werder Bremen dan menandatangani kontrak untuk bermain sampai 30 Jun 2011 .

Pada tarikh 17 Ogos 2010, Real Madrid membeli Ozil dengan Werder Bremen dengan

Ozil bermain dengan pasukan kebangsaan Jerman bermula pada bulan September 2006 (bawah 17tahun).

Bermain di bawah 21 tahun 29 Jun 2009.

Gol pertama yang dihasilkan oleh Ozil adalah ketika menentang Afrika Selatan di Leverkusen.

Ozil dipilih dalam skuad untuk pasukan kebangsaan Jerman di Piala Dunia FIFA 2010 dan dia menjaringkan gol ketika melawan Ghana (ketika penyingkiran kumpulan pertama).

Özil dikatakan telah bertunang dengan Anna-Maria Lagerblom yang mana tujuh tahun lebih tua dari Ozil. Dan dikatakan Anna-Maria telah masuk Islam pada Jun 2010 selaras dengan kepercayaan Ozil. Layannn..



Gambar Ozil ngan tunangnya

Mesranya dia...

Comments

Popular Posts