Kenapa The Way to Share?

Tajuk macam dah dapat agak kan apa yang saya nak bgitau kat sini. Erm, kenapa blog ini dinamakan thewaytoshare. Hehe. Blog ini sebenarnya di bina atas dasar kesukaan saya dalam menulis (konon2 masa zaman kecik2 suka menulis diari). Kiranya ala-ala jurnal kehidupan gitu. Ok, di dalam blog ini adalah berkaitan dengan kehidupan saya sendiri dalam meniti kehidupan seharian saya. Blog ini bukanlah bercerita secara direct tentang diri saya. Tetapi ia hanyalah menjurus ke arah benda-benda seharian yang dilalui yang ingin dikongsi dan mungkin berguna untuk pembaca sekalian (harap-haraplah). Sebagai contoh apa yang saya muatkan adalah pengalaman saya pergi bercuti, tempat-tempat yang menarik yang saya lawati dan saya cadangkan untuk pembaca. Mungkin juga bajet yag perlu di bawa. Tulian saya bukan sahaja tertumpu kpada itu sahaja. Ada juga resepi yang saya masukkan. Resipi, petua atau tips yang saya muatkan dalam ni semua yang pernah saya try juga. Apa sahajalah yang ingin saya kongsi dengan anda. So, enjoy my blog!!!!

Comments

Popular Posts