Resipi Makanan Orang Pantang (Keguguran) (1)

Seperti yang kita ketahui orang dalam pantang especilally yang keguguran ni elok makan makanan yang bagi badan kita panas sikit. Contohnya dalam masakan kita tu nanti kita letak seperti halia, lada hitam, kunyit atau benda-benda yang tak sejuk la.

Ok harini saya nak share dengan anda semua resipi saya gunakan dalam pantang. Yang diberi oleh makcik saya.

HATI MASAK HALIA


Bahan-bahan

  1.  Garam kunyit (seeloknya dibuat dari kunyit hidup)
  2. Halia yang dihiris (banyak lagi elok)
  3. Hati lembu
  4. Sedikit minyak
  5. Bawang besar dimayang
Pertamanya hiris hati nipis-nipis. Kemudian gaulkan dengan garam kunyit dan halia. Kemudian masukkan hati tersebut ke dalam kuali bersama sedikit air. Panaskan sehingga hati tersebut kelihatan empuk. Bila air sudah kering tambahkan sedikit minyak dan goreng macam biasa.Kemudian letak bawang besar sekejap. kemudian sudah siap untuk dihidang.

Halia tersebut hendaklah dimakan semasa makan bersama nasi. Kadang-kadang hlia tidak kelihatan. Untuk perbanyakkan lagi halia boleh ditambah diakhir memasak bersama bawang besar.

Comments

Popular Posts