Makanan yang Patut di Elakkan Semasa Pantang (Orang Keguguran)

Memandangkan saya masih berada di mode keguguran (konon-konon, pantang 40 hari kan tak habis lagi). Saya nak cerita la sikit tentang pemakanan saya di sepanjang tempoh ini. Selain ibu yang banyak bagi guideline tentang makanan yang boleh dan tak boleh, makcik-makcik saya dan makcik yang saya jumpa kat hospital  juga ada bagitahu saya tentang aspek pemakanan ini. Antara makanan tu adalah;

  1. Buah yang sejuk (tembikai, pisang, salak)
  2. Buah yang tajam (nenas, limau nipis)
  3. Buah yang masam (mangga walaupon mangga tersebut manis)
  4. Kuih muih melayu yang kebanyakannya tak boleh. saya pun taktau nak kelaskan macamana. Ada yang kata tak leh ada santan, ada kelapa. Tahla..
  5. Makanan laut yang gatal (sotong, udang, ikan tenggiri, ikan cencaru)
  6. Telur (ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh)
  7. Ulam yang sejuk biasanya tumbuhan yang menjalar (pucuk paku, kacang botol, timun, kacang panjang, kangkung)
  8. Laksa (laksam tak apa)
Jadi apa yang saya boleh makan??? Saya hanya mengikut sahaja. Makanan utama saya hanyalah
  1. Ikan selar yang diletak garam kunyit (kunyit dan halia yang banyak)
  2. Ayam (samada bakar atau goreng)
  3. Sayur kobis dan lobak
  4. Ulam-ulam (pegaga dan ada lagi yang saya tak tahu nama)
  5. Buah epal, jambu boleh (tapi saya xmakan pun)
  6. Kuih satu jer yang saya boleh makan lupa nama (nanti saya upload gambar yer)

Comments

Popular Posts