Persediaan Menjadi Isteri

Nampaknya entri saya akhir-akhir ini banyak menjurus ke arah gerbang perkahwinan. Yerlah, setiap kali kita tanya soalan bila nak kawin ni, banyak jawapan pastinya kan terluah 'Saya belum bersedia'. Saya tidak nafikan, alasan itu turut sama digunakan oleh saya sebelum ini. Dan lagi beberapa hari melangkah ke alam baru, soalan itu masih di benak fikiran saya. Aku ni dah bersedia ke jadi bini org? Apakah persediaan yang patut saya lakukan? Sempat ke saya nak menyediakan semua ini dalam masa terdekat ni? Saya dah temui jawapan bagi soalan2 y hadir di benak fikiran ni. Ketika berbual dengan teman serumah. Kita dengan sendirinya akan bersedia untuk semua kemungkinan2 yang kita fikirkan apabila akad kita telah diterima oleh suami kita nanti. Jika kita belum tahu atau masih belum bersedia untuk melayan suami, selepas bergelar isteri dengan secara automatiknya kita kan bersedia untuk itu. Dari hari ke hari kita kana belajar untuk bersedia ke arah semua benda yang belum kita pernah tempuhi.

Comments

Popular Posts