Isu Putus Tunang

Putus tunang memang amat perit (agak sahajala). Yerla, jika sesuatu hubungan yang biasa2 ni putus pun kita rasa sakit. Kadang-kadang terganggu emosi kita sampaikan pun tido tak lena dan macam-macam. Sejak akhir-akhir ni, banyak pulak isu putus tunang di kalangan selebriti. Takut pulak rasa. Ya Allah aku berlindung dengan Mu YA Allah.

Pertunangan adalah satu ikatan antara dua pihak. Ikatan ini adalah bertujuan untuk lebih mengenali bakal suami atau isteri kita nanti. Tempoh pertunangan adalah suatu tempoh yang akan dilalui dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Begitu juga dengan saya. Kekadang terasa pelik. Selama ni, tak ada pun orang sukakan kita, tapi bila kita dah bertunang ni, tetiba ramai pulak yang nak try line. Tapi masa tu line dah engaged, xboleh nak dail banyak kali la. Hahahha.

Pertunangan tidak perlu dihebah-hebahkan (ini penting bagi saya). Kerana kita belum pasti dengan status sebenar kita. Cukuplah untuk kita maklumkan pada saudara dan sahabat terdekat. Penting juga untuk kita maklumkan pada orang yang minat-minat kita tu, supaya mereka tahu batas-batas pergaulan mereka dengan kita, tunangan orang. Adalah salah seorang lelaki, dah tahu seseorang perempuan ini sudah bertunang tetapi masih mengganggu perempuan tersebut.

Comments

Popular Posts