Korea Selatan

Pagi yang amat mengujakan bagi saya adalah harini. Sampai-sampai jer ofis , setelah log in saya terus melakukan rutin harian di pagi hari iaitu menyemak email. Alangkah gembiranya saya apabila abstrak saya yang di hantar untuk Persidangan di Korea nanti diterima. Walaupun dapat oral presentation (takutnya) tetapi saya tetap bergembira. Oral presentation tu saya ambil sebagai cabaran. Yerla sebelum ni mana pernah terlibat dengan persidangan di luar negara.

Setiap malam impikan berada di Korea bersama Sang kekasih.Akhirnya dapat juga untuk kesana. Tapi baru dapat, belum sampai pun. Tangan ni segera membuka website Air Asia. Erm, harus mencari tiket promo yang murah-murah. Moga ia bakal menjadi destinasi bulan madu kami. Ahaks!

Lebih menggembirakan adalah kami akan ke sana pada bulan Oktober nanti. Bulan Oktober adalah musim luruh yang dinanti-natikan oleh ramai orang untuk ke sana. Tentunya seronok kesana nanti.. Xsabarnya nak bergambar dan berkongsi keseronokan itu bersama pembaca sekalian.

Dan di bawah ini adalah gambar yang diambil dari google untuk tatapan anda.
Credit to Mr. Google ya!!

-cantik-

~damai~

Comments

Popular Posts