Membina Jiwa Serasi
Rutinnya pada zaman belajar dulu, saya banyak menghabiskan masa lapang dan waktu cuti sem dengan membaca buku terutamanya buku Motivasi. Koleksi H.M Tuah Iskandar ni memang banyak la kat rumah. Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni, dah lama xsentuh buku motivasi dan lain-lain lagi. Al-maklumlah terlalu sibuk agaknya. Sekarang banyak membaca buku-buku akademik dan jurnal-jurnal sahaja. Buku-buku santai ni dah jarang layan. Tapi bila nampak buku H.M Tuah atas katil bilik (adik baru beli) terus capai dan baca. Biasa baca sebelum tidola, ubat supaya cepat lena.. hihihi..
Buku ini best jugak. Secara keseluruhannya buku ini banyak berkisar berkaitan dengan isu rumah tangga la. Of course ada la yang terkena batang hidung sendiri... hihih..
Keserasian sebenarnya boleh dibentuk dan mudah dibina. Ia tak semestinya didapati secara semulajadi. Apa yg penting ialah kesanggupan utk bertolak ansur, bersabar dan bertimbang rasa. Dengan adanya keserasian, kita boleh lebih menerima drpd menolak, meskipun si dia amat tak cocok dimata kita. Keserasian bermakna saling melengkapi, bermakna apa-apa yg kurang pada si dia barangkali kita dapat penuhinya manakala apa-apa yg kurang pada kita moga-moga si dia dapat penuhinya buat kita. Mendapatkan pasangan yg 100% memenuhi citarasa kita memang mustahil. Jika matlamat kita sama utk kebahagiaan, serasikanlah diri dengan pasangan, bukan menkontrovesikan diri.
Comments
Post a Comment