Kerlebihan Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha adalah solat sunat yang biasa diabaikan oleh ramai org (betul ke?). Ini adalah anggapan saya kerana solat Dhuha perlu dilakukan pada pagi hari (dari naik matahari (lebih kurang pukul 8 pagi) dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik). Dan kebiasaannya pada ketika ini, manusia tengah sibuk nak pergi kerja atau sedang bekerja.

Seperti yang saya pernah baca dalam buku, kelebihan solat sunat Dhuha adalah untuk membuka pintu rezeki dan menolak kepapaan. Alhamdulillah solat ini telah dipraktikkan oleh saya sendiri ketika masih belajar dan sehingga sekarang (saya sudah bekerja).

Sebagai seorang yang mengamalkan solat sunat Dhuha, (saya bukanlah menulis untuk berbangga diri, tetapi untuk berkongsi dengan anda kelebihan solat ini) saya akui selain merasa tenang, saya juga dimurahkan rezeki. Bila difikir-fikirkan, kadang-kadang rezeki yang hadir terlalu besar dan bermakna buat diri saya. Kadang-kadang saya rasa saya tidak layak untuk mendapat rezeki sebegini (kerana kita tahu apa y mampu kita capai). Tetapi bila difikirkan, ini mungkin rezeki dari ALLAH, dan saya merasakan rezeki yang dimurahkan ini adalah kerana solat sunat Dhuha yang berterusan. Bersyukur pada Yang Esa, kerana rezeki itu tetap datang walaupun tidak cepat.

Dan saya amat terkesan bila membaca makna disebalik doa solat Dhuha ni. Ok disini saya nak kongsi doanya:

Ya Allah! Bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu,
keindahan ituadalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah
kecantikan-Mu,kekuatan itu adalahkekuatan-Mu,
kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah
perlindungan-Mu. Ya Allah !Ya Tuhanku, jika rezekiku
berada di atas langit,maka turunkanlah, dan jika berada
di dalam perut bumi maka keluarkanlah,dan jika sukar maka
mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah,jika masihjauh maka
dekatkanlah.Berkat waktu Dhuha-Mu,Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,limpahkanlahkepada kami segala yang
telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Comments

Popular Posts