Istidraj

Pagi tadi tengok Tanyalah Ustaz di Tv9. Tajuk harini sungguh bes untuk di share dengan anda. Istidraj. Sebelum ini pun saya belum pernah mendengar perkataan ini.


Tahukah anda apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Bila mendapat tahu sebegitu diri ini merasa takut, kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat daripada Allah. Nikmat sehat dan nikmat segala bagai tu.. tapi sudah sempurnakah ibadat kita terhadapnya. Adakah kemaksiatan masih bermaharajalela dalam diri ini. Ya Allah jaukan aku dari Istidraj, bisik hati ini.


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Inilah yang dikatakan Istidraj.


Oleh itu, kita tak patut mempertikaikan sesuatu yang terjadi pada diri kita, seumpama kegagalan, lambat untuk mendapat sesuatu dan sebagainya. Malah kita patut bersyukur kerana Allah sedang menguji kita. Ujian ALLAH pasti mendekatkan lagi diri kita padaNya. Mana taknya, apabila sukar untuk mendapatkan sesuatu kita pasti berdoa dan terus berdoa padaNya moga dikabulkan hajat kita. Doa bukan sahaja senjata mukmin, tetapi dengan doa juga kita lebih dekat padaNya dan sentiasa mengingatiNya.


Akhir kalam, bagiku tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.


Mode: Bersyukur di atas ujian.

Comments

Popular Posts