Result UPSR

HArini keputusan UPSR akan diumumkan di sekolah. Erm, teringat lagi kenangan di sekolah rendah dulu. Terlalu banyak kenangan rasanya.

Saya belajar dekat jer dengan rumah, tapi kalau nak ikutkan dekat (kalo zaman budak-budak dulu rasa jauh juga). Harini rasa cam nak menulis kenangan saya di sekolah rendajh la. jOM!!! oK, kita mulakan satu persatu bermula dengan darjah satu.

Darjah satu
Dulu masa mula-mula masuk sekolah saya ditempatkan di kelas 1 Merah. Saya pun lupa penempatan pelajar tu berdasarkan macamana. Tapi saya rasa bukan berdasarkan result tadika atau taski. Mungkin cepat atau lambat kita mendaftarkan diri. Satu Merah adalah kelas yang ke tiga. Kenangannya adalah bermula pada hari pertama saya masuk sekolah. Hehehe.. Saya masih ingat lagi, hari pertama saya masuk kelas tersebut, saya telah dicium oleh seorang pelajar lelaki yang juga kelas tersebut. Huhuhbuh... kenapa terjadi dan bagaimana ia terjadi saya telah lupa.hihihi. Tapi yang saya ingat saya telah menangis ketika itu, dan abang saya (pada masa tu Darjah tiga) telah muncul dan marah budak tu. Hehehe.. Kenangan lain agak samar dalam kotak fikiran saya. Tak banyak yang saya dapat ingat.

Darjah Dua
Masa darjah dua saya telah naik kelas daripada kelas yang ketiga naik kelas yang pertama (kelas 2 biru) masa tu. Tapi saya juga masih ingat lagi, masa hari pertama atau minggu pertama persekolahan, saya telah diturunkan kelas. Saya pun tak tahu kenapa, tapi saya rasa sangat teruk.. Senang-senang jer cikgu tu turunkan kelas saya. Huhuhu, saya ingat lagi bila mak saya kol cikgu tu, cikgu tu cakap saya susah nak ingat sifir. Bila fikir-fikir, amat tertekan kan. Takkan la pada minggu pertama tak ingat sifir terus kena turunkan kelas. Masa tu saya sangat rasa sangat pelik. Huhuhuhu. Tak mungki ini terjadi, kerana saya adalah antara pelajar yang mendapat markah yang terbaik masa darjah satu (final paper). Ini berdasarkan sijil saya yang masih tersimpan hingga sekarang la. Bila darjah dua ni saya agak sedihla. Yerla, saya selalu sama-sama dengan sepupu saya, tapi terpisah pulak. Tapi dari sini saya dah pandai belajar berdikari. Masa darjah dua, saya tinggal rumah makcik. Kenangan ni saya ingat, sebab sepupu saya yang sebaya dengan saya, selalu kena g hospital masa tu sebab dia makn cekedis n jeruk banyak kot (hahhahah) jadik buah pinggang dia telah rosak.

Bersambung Part 2..

Comments

Popular Posts