Pertandingan Debat Kepenggunaan di Universiti Malaya Kampus Nilam Puri
Pertandingan debat kepenggunaan kali ini telah di jalankan selama satu hari. Pertandingan ini telah melibatkan sekolah-sekolah di Kelantan. Antara sekolah yang terlibat adalah:
- Maktab Sains Mara Pengkalan Chepa (1 pasukan)
- Maktab Sains Mara Tumpat (2 pasukan)
- Maktab Sains Mara Jeli (2 pasukan)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab Dua (1 pasukan)
- Maktab Sultan Ismail (1 pasukan)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (1 pasukan)
Makanya, terdapat 8 pasukan kesemuanya. Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh Maktab Sains Mara Pengkalan Chepa dan Naib Johan pula Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat. Bagi pendebat terbaik pula dimenangi oleh wakil dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat. Keputusan juri dalah 6-1.
Tahniah kepada semua pasukan yang berani untuk melibatkan diri. Moga medan ini bukan sahaja menjadi tempat latihan untuk kalian mengasah bakat berdebat tetapi ia juga akan menjadi satu platform kepada anda untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Jom layan gambar separuh akhir antara Sekolah Naim dan Zainab Dua. Women vs Men.
Yang Di Pertua sedang bersedia untuk memberi ucapan
Antara Delegasi yang masuk bersidang
Dah nak start ni
Comments
Post a Comment